Juz:5,Surah:4.
Surah 4, Ayat 71:
Umat
Islam diarah supaya bersiap sedia sepanjang masa untuk menghadapi bahaya yang
mungkin akan ditimbulkan oleh musuh. Oleh itu hendaklah mempelajari dan
menghantar perisik untuk mengetahui hal ehwal kekuatan mereka supaya kekuatan
muslimin setanding atau lebih kuat dari musuh.
Didalam
masa memerangi musuh, kerahlah angkatan perang kamu secara teratur, dimulakan
dengan menghantar satu pasukan dan sepasukan lagi dan seterusnya, atau
mengerahkan secara keseluruhan mengambil bahagian didalam peperangan untuk
menghancur musuh kaum musrikin dan munafik.
Ayat ini
memberi isyarat, supaya umat Islam hendaklah menjaga kepentingan dan
keselamatan orang mukmin supaya bersiap sedia dengan kekuatan angkatan perang
yang terlatih dangan ilmu peperangan dan kepandaian menggunakan segala jenis
alat perang. Persediaan ini adalah wajib
bagi umat Islam dan janganlah sekali-kali mengharapkan orang lain supaya mempertahankan mereka
kerana mengharapkan orang lain itu bererti mendedahkan kelemahan dan kerendahan
diri sendiri.
Adapun
mengharapkan kepada orang lain seperti yang dimaksudkan diatas dan seperti apa
yang berlaku dinegara Arab sekarang telah menjadikan umat Islam (yang mengaku
mereka itu Islam) telah menyerang negeri mereka sendiri dan membunuh bangsa
seagama mereka demi mencapai cita-cita sahabat mereka dari kalangan musrikin
dan munafik (golongan itu seperti dalam ayat 5.4.72), dan mereka yang
bersekongkol dengan kafir munafik itu adalah mereka yang zalim menganiayai
diri-diri mereka sendiri.
[Previous] [Next]