Wednesday, 21 September 2016

Surah AlBaqarah (229)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 229:
Ringkasan tafsir;
Bahawa mencerai itu hanya dua kali sahaja, dan apabila merujuk kembali kepadanya maka hendaklah berbuat baik dengan harapan dapat memperbaiki kehidupan rumah tangga yang lebih kukuh. Tetapi jika tiada ada lagi persefahaman antara keduanya maka hendaklah melepaskan isteri kamu dengan cara yang lebih baik dengan penceraian kali ketiga supaya jangan berlaku penganiayaan dan permainan dalam urusan rumah tangga ini. Dan tidaklah boleh ambil mas khawin bagi tujuan menganiayai perempuan itu. Tapi sekiranya perempuan menuntut untuk menebus diri ( tebus talak atau khuluk) maka mas khawin itu boleh dikemblikan kepada suaminya.  


Demikianlah tersebut dalam ayat 221~229 yang menerangkan hukum nikah, talak, rujuk dan khuluk itu adalah peraturan dari Allah yang wajib diambil berat dan janganlah melampaui batas, dan barang siapa yang berbuat demikian itu adalah telah menganiayai diri-diri mereka sendiri malah aniaya kepada suami, isteri anak-anak, saudara mara dan seluruh kaum kerabat disekelilingnya
.

,
[Previous] [Next] 

Sumber,
Terjemahan,
221~230,
[GS]
https://t.co/qYY3L7uP40
Ulasan surah 2;
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr    


.

No comments:

Post a Comment